Dituduh Plagiat Rekaan Airport Qatar, Ini Jawapan Changi Airport

TERKINI
November 06, 2019 - 11:41 AM


Baru – baru ini, kecoh seketika berkenaan tuduhan yang dilemparkan oleh CEO Qatar Airways kepada Lapangan Terbang Changi, Singapura tentang kes ‘mencuri’ reka bentuk penambahan yang dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Qatar.

Dalam satu kenyataan akhbar, CEO Qatar Airways yang juga merupakan CEO Lapangan Terbang Hamad, Akbar Al Baker telah mendedahkan rancangan dan plan penambahan terbaru lapangan terbang tersebut dan telah menyebut “ada pihak yang telah mencuri design ini” yang telah dibentangkan enam tahun lalu.

Menjawab tuduhan tersebut, pihak Changi Airport telah mengeluarkan kenyataan yang reka bentuk mereka sudah dalam proses mendapatkan kelulusan pada 2012 iaitu tujuh tahun lalu! Hanya pada 2013 ianya diluluskan. Jadi, matematiknya, Changi terlebih dahulu menghantar design mereka.

Kiri - Gambaran Artistik Design Qatar, Kanan - Jewel Changi

Semenjak dibuka, Jewel Changi telah menarik lebih daripada 50 juta pengunjung dan ia bukan sahaja boleh diakses oleh penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Changi tetapi turut dibuka kepada umum sebagai pusat tarikan.

Destination: