Dos Penggalak Kedua Kini Dibuka Secara Sukarela

PANAS
May 13, 2022 - 11:29 AM


Ini berita terbaharu berhubung pengambilan dos penggalak kedua secara sukarela!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) hari ini tampil dengan syor terkini berhubung pengambilan dos penggalak kedua terhadap beberapa kategori individu iaitu:

1) Individu yang berusia 60 ke atas kini boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela bagi tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima dos pertama.

2) Kumpulan berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai penyakit kronik juga dibenarkan menerima dos penggalak kedua bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mengalami penyakit kronik boleh menerima dos penggalak pertama sebaik sahaja menerima suntikan dos primer.

“Seperti yang dijelaskan sebelum ini, individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak pertama telah terbukti boleh mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.

“Namun, disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh yang tertentu terutamanya kepada individu di dalam kumpulan rentan, risiko masih lagi tinggi bagi kumpulan ini untuk mendapat jangkitan yang teruk, dimasukkan ke hospital dan seterusnya boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Mengulas mengenai penggunaan ubat antiviral Paxlovid, Khairy berkata, seramai 173 pesakit telah mengambilnya dan sembuh sepenuhya serta tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan.

“Untuk makluman, ubat Paxlovid telah dibekalkan untuk rawatan pesakit COVID-19 di 512 buah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Klinik Kesihatan dan 78 buah hospital kerajaan.

“Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana,” jelas Khairy lagi.

Sumber: Astro Awani

Destination: