Gajah Yang Dulu Penghibur Pelancong Di Thailand, Kini Jadi Pengemis & Suruhan Pembalak Haram
TERKINISeperti yang kita tahu, Thailand dan Kemboja antara dua buah negara di Asia Tenggara yang popular dengan aktiviti pelancongan berasaskan gajah.
Namun kini kedua-dua negara tersebut juga seperti Malaysia dan kebanyakkan negara lain di dunia yang sedang dilanda jangkitan wabak COVID-19 hingga melumpuhkan industri pelancongan mereka.
Di Thailand, disebabkan tiada lagi kunjungan daripada pelancong dan kurangnya pendapatan, khabarnya pemilik-pemilik gajah tersebut telah membawa haiwan peliharaan mereka mengemis di jalanan meminta makanan seperti pisang dan tebu.
Malah lebih teruk ada yang mengekspoitasi khidmat haiwan berkenaan dalam pembalakan haram dengan mengangkut kayu-kayan ke luar dari hutan berdekatan dengan sempadan Myanmar.
Sedangkan, gajah-gajah jinak tersebut telah lama dilatih untuk melakukan aktiviti bersama pelancong.
Menurut New York Times penutupan puluhan pusat konservasi gajah dan lokasi pelancongan yang menawarkan hiburan bersama gajah memberikan impak yang besar terhadap lebih 1,000 gajah di Thailand.
Lebih membimbangkan apabila tiada campur tangan daripada pihak berkuasa negara tersebut memandangkan kos memberi makan seekor gajah Thailand memerlukan sekitar US$40 sehari -- iaitu bersamaan lebih dari 3 kali upah kerja harian minimum di Thailand yang tidak mampu dibiayai Kerajaan ketika ini.
Angkara peningkatan kes jangkitan COVID-19, Thailand baru-baru ini telah mengisytiharkan darurat sehingga 30 April depan, selepas merekodkan 827 kes dengan 4 kematian.
Sumber: New York Times