Lagi Kes Gajah Dizalimi! Di Thai, Gajah Lapar Cari Makan Ditemui Mati Terkena Pagar Elektrik

PANAS
June 10, 2020 - 12:58 PM


Baru-baru dunia digemparkan dengan kes kejam di India apabila seekor gajah bunting mati akibat makan nanas berisi mercun di India -- ini satu lagi kejadian hampir sama berulang di Thailand.

Kali ini, seekor gajah dijumpai mati kejung akibat terkena pagar elektrik sewaktu keluar mencari makanan.

Ia berlaku sewaktu gajah itu menghampiri sebuah kebun mangga yang dilengkapi dengan pagar keselamatan.

Kejadian berkenaan berlaku di Prachuap Khiri Khan pada Sabtu lalu.

Sewaktu ditemui pegawai perhutanan terdapat kesan lecur pada badan gajah tersebut.

Dua individu yang juga pemilik tanah kebun di kawasan itu turut disiasat pihak berkuasa.

Namun mereka sendiri tidak pasti jika gajah itu mati akibat pagar elektrik mereka ataupun pagar elektrik milik orang lain di kawasan yang sama.

Sumber: India Times

Artikel terdahulu: Kejamnya! Gajah Bunting Mati Diberi Makan Nanas Berisi Mercun Di India

 

Destination: