"Terlalu Jujur!" - Pemandu Teksi Pulangkan Cash RM50 Ribu Tertinggal Di Tempat Duduk Belakang

TERKINI
August 22, 2023 - 05:47 PM


Seorang pemandu teksi Bangkok berjaya menepis tanggapan masyarakat bahawa semua pemandu teksi di ibu negara Thailand adalah ‘jahat’ apabila memulangkan wang tunai bernilai hampir 400,000 baht (RM52,883) kepada pelanggannya, lapor Thaiger.

Pemandu teksi terlebih jujur ini menemui sejumlah wang tunai ditempat duduk belakang dipercayai milik tiga warga Bangladesh yang meninggalkannya secara tidak sengaja selepas turun dari pengangkutan awam tersebut.

Pemandu teksi yang dikenali Phonsak Phunni telah segera melaporkan penumpangnya tercicir barangan peribadi serta wang tunai kepada stesen radio teksi SWP.FM91 dengan harapan dapat membantu mencari pemiliknya semula.

“Saya terkejut dan menggeletar. Saya tidak berani lihat apa isi di dalamnya,” katanya.

Kemudian, Phonsak yang pulang ke stesen teksinya dan membuka dompet tersebut mendapati terdapat kad pengenalan, kad kredit dan 105 keping mata wang AS$100 berjumlah 373,490 baht (RM48,809).

Selain itu, dompet sama turut mengandungi 7,050 rupee (RM396) dan ia dipercayai ditinggalkan tiga lelaki warga Bangladesh yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi ke Emporium Indra di Pratunam, Bangkok.

“Selama menjadi pemandu teksi lebih 10 tahun, saya akan memulangkan semua barang yang ditemui dalam kenderaan ini, walaupun barangan kecil,”katanya.

Akhirnya dompet itu berjaya dipulangkan kepada pemiliknya, Jahirul Islam dan dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Phonsak dan stesen radio itu kerana menghubunginya.

Destination: