Gara-Gara Tak Dapat Duduk Sebelah BF, Pelancong China Biadap Simbah Kuah Panas Ke Pramugari!

PANAS
November 08, 2019 - 11:42 AM


Lagi kisah pelancong China buat hal hingga viral di media sosial!

Kali ini, hanya gara-gara berang kerana tidak mendapat tempat duduk di sebelah teman lelakinya ketika dalam penerbangan dari Bangkok ke Nanjing, China --- wanita tersebut dikatakan telah bersikap agresif dengan menyimbah kuah sup panas ke muka pramugari AirAsia.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dirakam secara beramai-ramai oleh penumpang lain selepas mendengar pramugari berkenaan menjerit kesakitan.

Akibat daripada kejadian tersebut, juruterbang memutuskan untuk membatalkan penerbangan, berpatah balik dan mendarat cemas di Bangkok.

Salah satu gambar tersebar melalui laman jaringan sosial Weibo menunjukkan seorang lelaki mengangkat seorang wanita keluar dari kabin dan diiringi pihak berkuasa. 

Kakitangan di lapangan terbang telah memujuk wanita dan kumpulan pelancong China yang bersamanya supaya berdamai dan mereka telah diarahkan pulang dengan penerbangan lain.

Kejadian mengamuk di udara itu mendapat perhatian di seluruh dunia dan menyebabkan pelancong China digelar ‘barbarians’ oleh media China yang dimiliki kerajaan.

Kumpulan pelancong yang disertai wanita itu dikatakan akan berdepan hukuman tegas kerana memalukan imej pelancong China secara keseluruhannya.

Pemandu pelancong yang menyertai kumpulan itu kini telah digantung lesen selama setahun.

Kumpulan pelancong itu juga diarahkan membayar denda sejumlah 50,000 baht (RM 6,352.42) sebagai pampasan kerana mencederakan pramugari.

Wanita yang mencampakkan mi panas pula dikenakan denda tambahan 200 baht (RM 25.41).

 

 

Destination: 
;