Bangkok Bakal Miliki Lapangan Terbang Baharu?

PANAS
July 25, 2019 - 01:08 PM


Pelancong yang melawat Thailand boleh tiba ke negara itu di sebuah lapangan terbang baharu dalam tempoh tujuh tahun lagi.

Ia bakal menjadi kenyataan sekiranya cadangan daripada Jabatan Lapangan Terbang Thailand itu untuk membina kemudahan penerbangan di wilayah Nakhon Pathom, barat Bangkok, diluluskan.

Berdasarkan laporan Bangkok Post baru-baru ini, saranan untuk membina lapangan terbang ketiga di ibu negara Thailand itu adalah bertujuan mengurangkan kesesakan di kedua-dua pintu masuk utamanya ketika ini iaitu Suvarnabhumi and Don Mueang.

Lapangan terbang itu seluas 560 hektar dan bertempat di antara daerah Bang Len dan Nakhon Chaisi di Nakhon Pathom.

Projek yang bernilai 20 bilion Baht itu akan diusulkan kepada Kementerian Pengangkutan Thailand, sebelum ia dibincangkan oleh anggota Kabinetnya, pada Ogos ini.

Jika diluluskan kelak, kerja-kerja pembinaan akan bermula pada tahun 2023 dan lapangan terbang berkenaan bakal beroperasi sekitar dua hingga tiga tahun berikutnya.

Lapangan terbang Nakhon Pathom itu nanti dijangka boleh menampung sehingga 25 juta penumpang setahun setelah ia siap dibangunkan. 

 

Destination: 
;