
Garuda Indonesia Perkenal Uniform Khas Kru Kabin Hasil Sentuhan Didiet Maulana
TERKINISyarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia baru – baru ini melancarkan pakaian seragam bertema untuk kru kabin mereka.
Menariknya, pakaian ini hanya akan digunakan dalam penerbangan tertentu untuk memastikannya kekal ‘eksklusif’ dan penerbangan tersebut akan dikenali sebagai ‘Tenun Flight’.
Menurut Pengarah Eksekutif Garuda Indonesia, Ari Askhara, pengenalan uniform bertema ini adalah usaha syarikat penerbangan tersebut untuk meningkatkan pengalaman penerbangan yang baru selain memperkenalkan rekaan pereka fesyen Indonesia ke pasaran glonal.
Pakaian yang dikenali sebagai Puspa Nusantara ini direka oleh Didiet Maulana, pereka fesyen terkemuka dari Indonesia dan ianya tersedia untuk busana pramugari dan juga pramugara.
Difahamkan, Didiet menyiapkan 18 set pakaian dan melibatkan 50 penenun tempatan dalam menyiapkan satu – satu set.
Menceritakan lebih lanjut tentang rekaannya, uniform ini direka mengikut rekaan asal kebaya Kartini namun diberikan sedikit perubahan atas faktor keselamatan. Lengan kebaya diinspirasikan oleh sayap burung helang dan kain yang dikenakan oleh pramugara adalah kain tenun yang elastik.
Bagi uniform pramugara, ia menggunakan bentuk beskap, pakaian rasmi Jawa dan menggunakan tekstil tradisional seperti luruk dari Yogyakarta dan Klaten dari Jawa Tengah.
Menurut Garuda Indonesia lagi, kerjasama dengan Didiet ini adalah permulaan kerana mereka merancang untuk mengetengahkan nama – nama pereka Indonesia yang lain dalam uniform bertema mereka.
Nota Editor : Tak dapat dinafikan, usaha Indonesia untuk mengekalkan sesuatu yang ‘milik mereka’ ni power! Kalau kita, hanya MAS menggunakan batik.
Kredit Foto : IG | DidietMaulana