Gelembung Pelancongan Singapura - Hong Kong Sekali Lagi Ditangguhkan

TERKINI
May 21, 2021 - 12:16 PM


Pada waktu-waktu ketika pandemik ni, kaki travel mesti tertunggu-tunggukan pelepasan untuk kembali melancong walaupun mungkin ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Bak kata kaki travel, dah gian nak keluar tengok pemandangan lain. 

Sebelum ini, Malaysia pun pernah umumkan gelembung pelancongan khas untuk negeri-negeri berstatus hijau ke negeri-negeri berstatus hijau, namun kes naik mendadak dalam negara dan gelembung perjalanan pula telah membawa satu berita yang tak berapa sedap beberapa hari lepas. 

Untuk negara jiran kita, Singapura yang telah lama dalam perancangan dengan Hong Kong untuk melancarkan gelembung perjalanan mereka yang sepatutnya bermula pada bulan November tahun lepas, tetapi telah ditangguh beberapa kali kepada tarikh yang terbaru iaitu 26 Mei, namun ditangguh lagi. 

Gelembung pelancongan yang sepatutnya membolehkan pelancong datang dan pergi tanpa kuarantin itu terpaksa dibatalkan buat sementara waktu oleh pihak Singapura kerana kes di dalam komuniti yang semakin meningkat saat ini. 

Pihak Hong Kong pula akan memberikan kenyataan tentang maklumat yang lebih terperinci dan terkini sekitar bulan Jun.