Tak Lama Lagi Gais! Malaysia Kini Menunggu 'Lampu Hijau' Pelancongan Antarabangsa

TERKINI
March 24, 2021 - 05:28 PM


Bagi korang yang dah lama sangat menunggu untuk melancong semula ke luar negara, kerajaan kini hanya menunggu 'lampu hijau' daripada negara luar untuk menerima kemasukan pelancong dari Malaysia. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) gelembung perjalanan telahpun siap sepenuhnya.

Setakat ini, kerajaan sedang menunggu respon daripada enam negara yang terlibat iaitu Singapura, Jepun, Vietnam, Brunei, China, dan Korea. Namun, gelembung perjalanan itu turut tertakluk kepada keadaan semasa pandemik, dan perbincangan bersama pelbagai Kementerian lain serta penilaian MKN.

Antara SOP yang telah ditetapkan adalah perjalanan secara kumpulan kecil, hanya melibatkan agensi pelancongan yang telah berdaftar, dan individu perlu membuat ujian calitan Covid-19.

Mengenai gelembung perjalanan domestik, MOTAC kini  sedang mengenal pasti destinasi eko perlancongan yang boleh diketengahkan untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.

 

Destination: