Gua Tham Luang Dibuka Kepada Pelancong Mulai 1 November
TERKINIKorang masih ingat tak kejadian di mana sepasukan pemain bola sepak terperangkap selama 18 hari dan berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat antarabangsa di dalam sebuah gua di Thailand, lebih setahun dulu?
Mulai esok (1 November), Gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai iaitu lokasi insiden berkenaan akan dibuka secara rasmi untuk kunjungan para pelancong.
Sebelum ini, gua tersebut terpaksa ditutup bagi membolehkan semua peralatan menyelamat dikeluarkan selain membangunkan lanskap taman negara Tham Luang untuk pengunjung.
Sebuah muzium dan patung seorang penyelam bekas tentera laut Thailand, Saman Gunan, yang maut ketika misi itu, turut dibina bagi memperingati peristiwa tersebut.
Para pelancong akan dibenarkan masuk ke dalam gua itu dari pukul 9 pagi hingga pukul 4.30 petang mulai 1 November.
Sumber: BERNAMA