Gunung Sinabung Di Indonesia Meletus Muntahkan Asap Setinggi 5,000 Meter

TERKINI
March 02, 2021 - 02:59 PM


Menururt laporan dari portal Suara.com, Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara meletus pada hari awal pagi tadi. Ini menyebabkan tiga daerah (kecamatan) dilanda hujan abu ketikat ini. Menurut Ketua Pelaksana Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), tiga daerah yang terlibat adalah Kuta Buluh, Tiga Nderket, dan Tiga Binanga.

Abu gunung berapi yang menghujani daerah tersebut telah menjejaskan rumah serta tanaman penduduk di kawasan yang berkaitan. Walaupun jalan telah diselaputi abu putih, masih belum ada penduduk yang telah dipindahkan dari kawasan berkenaan. Katanya, penduduk di kawasan terbabit masih memilih untuk tinggal di rumah kerana hanya hujan abu yang berlaku.

Kerja-kerja pembersihan abu telah dijalankan oleh petugas BPBD dan Pemadan Pembakaran Kabupaten Karo. Mereka telah mengagihkan topeng muka kepada penduduk dan memancut air bagi membersihkan abu buat ketika ini. Menurut BPBD, Gunung Sinabung memuntahkan abu volkanik setinggi 5,000 meter diiringi letusan yang berlaku sebanyak 13 kali.

Ianya bermula pada jam 6.42 pagi tadi hingga 8.09 pagi waktu tempatan. Beberapa rakaman video dan gambar kejadian tersebut sudah tular di media sosial dan pihak mereka mengingatkan agar rakyat sentiasa memakai topeng muka bagi memastikan abu yang jatuh tidak menjejaskan kesihatan. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana.

Sumber: Kosmo