Indonesia Keluarkan Amaran Letusan Susulan Gunung Berapi Di Utara Sumatera

TERKINI
June 12, 2019 - 02:04 PM


Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran supaya bersedia dengan letusan susulan selepas sebuah gunung berapi aktif di Sumatera meluarkan abu tinggi dan menimbulkan panik kepada penduduk tempatan.

Gunung Sinabung, yang terletak di Sumatera dan berdekatan dengan Medan ini merupakan sebuah gunung berapi yang aktif dan direkodkan semakin aktif sejak 2010.

Ahad lalu, kepulan debu diluahkan oleh gunung berkenaan selama 9 minit dan dapat dilihat naik setinggi 7 kilometer ke ruang udara. Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, pihak berkuasa terus memantau keadaan gunung tersebut.

Beberapa gegaran susulan menyebabkan kawasan berdekatan dilabelkan sebagai ‘paras merah’ dan penduduk di sekitar diarahkan untuk memakai topeng penutup hidung dan mulut selain diminta berada di dalam bangunan untuk mengelak terkena abu panas.

Gunung Sinabung yang berketinggian 2,460 meter berkenaan merupakan salah sebuah gunung berapi aktif di Indonesia namun sudah empat kurun tidak Meletus sebelum 2010.


Baca Juga :

Destination: