'Hack' MySejahtera Yang Tular Tidak Menjamin Korang Akan Dapat Tarikh Vaksinasi Lebih Cepat

TERKINI
July 05, 2021 - 07:26 PM


Baru-baru ni memang ada tular ada pengguna yang kongsikan cara bagi mendapatkan vaksin dengan lebih cepat iaitu melalui 'HelpDesk' MySejahtera di mana pengguna disarankan untuk memohon sejenis jenama vaksin tertentu agar nama mereka dapat diberikan tarikh vaksinasi lebih awal. 

Tatkala semua orang berebut dan rakyat dalam keadaan yang sanggup membuat apa sahaja untuk diberikan vaksinasi agar dapat kembali ke kehidupan seperti sedia kala, ramai yang mencuba, namun hack tersebut hanya mendatangkan masalah kepada mereka yang berkerja di belakang aplikasi MySejahtera, dan hack tersebut tidak pun memberikan temu janji yang lebih awal. 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKVAV) berkata hack tersebut merupakan berita palsu yang telah menyebabkan banyak aduan yang lebih penting tenggelam kerana hack tersebut dilakukan di atas platform aduan yang sama. 

Dengan itu, JKVAV menyeru agar semua tidak mengikuti langkah-langkah yang tular tersebut, dan menunggu sehingga giliran mereka diberikan secara automatik apabila masanya tiba.