Cepat Daftar Vaksin & Kalau Dah Settle Cucuk 2 Dos, Boleh Claim RM150 Daripada 'Orang Kuat Naza!'

TERKINI
June 14, 2021 - 05:19 PM


Anda dah mendaftar untuk pengambilan vaksin? Anda telah mendapat suntikan vaksin?

Jika kedua-dua jawapan di atas adalah "Tidak atau Belum" -- anda tidak perlu risau. Ini kerana masih belum terlambat untuk anda memulakan inisiatif bagi mempertahankan diri daripada penularan pandemik Covid-19.

Bukan sahaja diri anda akan dilindungi, malah lebih menarik jika anda telah lengkap pengambilan 2 dos suntikan vaksin -- anda bakal menerima insentif sebanyak RM150 daripada seorang usahawan terkenal Malaysia, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Baru-baru ini, ahli perniagaan popular itu yang juga Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, salah sebuah konglomerat Bumiputera milik persendirian terbesar di Malaysia telah membuat tawaran tersebut menerusi posting di Instagram miliknya.

Bagi menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin, Datuk SM Faisal membuka tawaran istimewa itu kepada 100 individu pertama yang baru membuat pendaftaran di aplikasi MySejahtera bermula 10 Jun lalu.

Cara untuk anda menebus RM150 adalah seperti berikut:

1. Daftar untuk vaksinasi Covid-19 di aplikasi MySejahtera.
2. Tunggu pemberitahuan Status Kelayakan di aplikasi MySejahtera.
3. Setelah layak, ambil tangkapan skrin / screenshot aplikasi MySejahtera anda yang menunjukkan tarikh pendaftaran & status kelayakan.
4. Kongsi tangkapan skrin MySejahtera itu di IG Story / post & tag IG @faisalnasimuddin
5. Insentif tunai boleh dituntut setelah anda menyelesaikan kedua-dua dos vaksin & menerima Sijil Digital Vaksinasi anda.
6. Gunakan #FNVaccineIncentive di semua catatan media sosial anda untuk makluman serta proses pemberian insentif RM150 kepada anda.

Bagaimanapun, perlu diingatkan tawaran ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Menurut Datuk SM Faisal, inisiatif tersebut dilakukan beliau bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar dan mendapatkan vaksin agar sasaran Kerajaan untuk mencapai 80 peratus kadar vaksinisasi di negara kita berjaya terlaksana menjelang Februari tahun hadapan.

P/S: Jadi tunggu apa lagi, bagi yang belum register tu cepat-cepatlah register, screeshot & tag beliau. Sette 2 dos nanti boleh pergi claim duit. Siapa nak bagi wei.....hehehe

Sumber: IG faisalnasimuddin

 

 

Destination: