Boleh Mohon Vaksin Awal Jika Anda Pelajar Luar Negara

TERKINI
June 30, 2021 - 07:27 PM


Jika anda merupakan seorang pelajar yang dalam proses menyambung atau perlu meneruskan pengajian ke luar negara -- ini ada satu berita baik!

Golongan pelajar ini telah diberi kebenaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 lebih awal menerusi permohonan di aplikasi MySejahtera.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin -- kumpulan pelajar berkaitan boleh membuat permohonan untuk mempercepat suntikan vaksin melalui ciri 'Helpdesk' dalam aplikasi berkenaan.

Permohonan vaksinasi awal yang dihantar, akan diproses oleh sistem dalam tempoh 10 hari dan status permohonan boleh disemak dalam selepas tempoh berkenaan

Kemas kini terbaharu di MySejahtera itu sudah boleh diakses mulai 28 Jun lalu.

Ciri terbaharu tersebut bertujuan memudahkan pelajar yang perlu memenuhi syarat vaksinasi untuk masuk ke negara tertentu bagi tujuan menyambung pengajian.

Sumber: Berita Harian

Destination: