Hampir Sejuta ‘Tiket Balik Raya’ Disediakan KTMB

TERKINI
March 11, 2020 - 10:38 AM


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula menjual tiket sejak Khamis lalu bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Difahamkan, hampir sejuta tiket diperuntukkan dan ia melibatkan perkhidmatan KTM Antara Bandar dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi perjalalanan 1 April hingga 31 Mei tahun ini.

Sebanyak 141,032 keping tiket KTM Anatara Bandar ditawarkan membabitkan destinasi berikut iaitu Tumpat, Gemas dan Johor Bahru, manakala 798,388 tiket lagi ditawarkan menerusi perkhidmatan ETS bagi laluan Gemas, Kuala Lumpur, Ipoh, Padang Besar dan Butterworth.

Penjualan tiket terbabit dilakukan secara serentak di semua stesen sejak 5 Mac lalu dan ia dibuka lebih awal kerana mengambil kira faktor cuti sekolah yang turut jatuh pada musim perayaan terbabit.

Bagi menikmati kadar tambang murah serta boleh membuat pilihan tempat duduk, pelanggan dinasihatkan untuk memberi tiket lebih awal dan bagi mendapatkan tiket dengan lebih mudah, penumpang disyorkan untuk memuat turun aplikasi MobTicket dan membuat tempahan menerusi aplikasi tersebut.

KTMB menyediakan sebanyak 49 perjalanan KTM Antara Bandar dan 40 Perjalanan ETS setiap hari.

Seperti biasa, maklumat lanjut berkenaan tiket atau apa – apa perkhidmatan KTMB boleh diperolehi di www.ktmb.com.my atau dengan menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-22671200.