Hangat Menjadi Perbualan Netizen, Founder Pakai Telekung RM 16000! Apa Hukumnya Menurut Islam?
TERKINISeperti yang kita tahu, kebanyakan pengasas atau founder suatu perniagaan di Malaysia suka kongsikan kemewahan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berjaya. Sering memaparkan kemewahan seperti pergi membeli belah pakaian berjenama mahal, koleksi kereta-kereta mewah dan sebagainya.
Viral baru-baru ini TikTok @halizamaysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive di mana beliau mengambil pendekatan berbeza dengan berkongsi telekung beliau bernilai RM16,000.
Menerusi perkongsian video pendek, beliau memaklumkan telekung bernilai RM16,000 digunakan untuk berjumpa Allah sekaligus menghilangkan rasa bersalah memakai beg berharga belasan ribu untuk berjumpa rakan-rakan.
@halizamaysuri Semuanya Allah yang bagi 💚
♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah - Iren Lafebian
Melalui perkongsian tersebut, mencetuskan pelbagai reaksi dan pendapat di kalangan netizen. Kebanyakan dari mereka menyatakan analogi yang digunakan adalah tidak sesuai.
Kita rujuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memakai pakaian yang cantik dan mahal adalah harus jika berkemampuan.
Walaupun begitu, pakaian yang mahal dan cantik boleh dipakai dengan beberapa dawabit atau garis panduan yang perlu difahami dan diikuti:
- Bukan pakaian yang diharamkan terhadap orang lelaki seperti sutera
- Jangan sampai kepada tahap membazir.
- Bukan pakaian yang boleh membawa kepada sifat takabbur
Dari sudut fiqh aulawiyyat juga perlu diambil kira di saat mereka yang memerlukan bantuan lebih banyak lagi, maka mengelakkan dari memakai pakaian seumpama tersebut adalah lebih utama.
Islam itu bersederhana, moga kita sentiasa muhasabah diri dan terus memperingati antara satu sama lain.