Henti Sebar Berita Palsu! Tiada ‘Lockdown’ 19 Jam Hari Ini

TERKINI
March 16, 2020 - 10:34 AM


Trending di media sosial, berita negara mengeluarkan arahan ‘lockdown’ pada Isnin (16 Mac 2020) kerana Covid-19 adalah berita palsu!

Menurut Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan di akaun Facebooknya menjelaskan tiada arahan ‘lockdown’ dikeluarkan dan meminta orang ramai supaya tidak berkongsi berita palsu.

Difahamkan, infografik berkenaan arahan tidak meninggalkan rumah berkenaan mula tersebar sejak tengah hari semalam (15 Mac), di Facebook dan Whatsapp dengan menggunakan #Malaysialockdown.

Infrografik berkenaan turut mengandungi beberapa arahan seperti tidak meninggalkan rumah atau ke tempat awam seperti pasaraya, restoran dan ke masjid.

Tambah Dr Adham, apa yang rakyat Malaysia harus lakukan adalah mematuhi nasihat dan saranan kesihatan yang dikeluarkan termasuklah mengamalkan ‘social distancing’ seperti yang disyorkan.

Sehingga petang Ahad, sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.