Hong Kong: Korang Percaya Tak Ruang Parking Terjual Pada Harga RM5.3 Juta?
TERKINIKalau bercakap tentang kos sara hidup, memang tidak asing lagi Hong Kong yang seing dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Memang betul yang Hong Kong adalah antara negara yang maju dan membangun dengan pesat, tetapi disebabkan kos sara hidup yang tinggi, dan harga hartanah yang terlalu mahal, hampir 16% penduduk Hong Kong sebenarnya hidup di dalam kemiskinan.
RUANG LETAK KERETA DIJUAL PADA HARGA RM5.3 JUTA
Hong Kong adalah sebuah bandar yang pesat dan bukan je susah untuk memiliki hartanah, malah nak dapatkan ruang untuk meletak kereta pun menjadi satu rebutan untuk golongan 'kayangan' di Hong Kong.
Sebuah kawasan kediaman, antara yang paling gah di Hong Kong, The Mount Nicholson yang terletak di lereng bukit, dengan pemandangan pelabuhan Victoria Harbour telah memecah rekod dunia untuk harga juala ruang letak kereta sahaja, pada harga RM5.3 juta, ataupun USD1.3 juta.
Hong Kong adalah diantara negara yang paling mahal untuk didiami, dan kebanyakan yang berada di kelas pertengahan tinggal di kawasan rumah pangsa tinggi, dan padat yang memang konfem tak datang dengan ruang letak kerera, kerana itu, ruang letak kereta turut menjadi rebutan golongan atasan.
Malahan, rekod sebelum ini untuk ruang letak kereta turut dimiliki Hong Kong dengan harga jualan 4.04 juta.