Hujan Lebat Di Kuala Lumpur, IKEA Cheras Banjir Lagi

TERKINI
December 17, 2019 - 11:09 AM


Hujan lebat yang melanda seluruh negara terutamanya Lembah Klang petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan salah satu pusat beli belah di Cheras, IKEA terlibat sama.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6.30 petang semalam ini menyebabkan ramai pengunjung terperangkap selama bebarapa jam selain ramai yang cuba mengalihkan kenderaan apabila kawasan tempat letak kereta pusat beli belah berkenaan dinaiki air setinggi 0.1 meter.

Menurut kenyataan IKEA Malaysia, banjir kilat berkenaan disebabkan sistem perparitan mereka yang terjejas akibat kerja – kerja pembinaan di kawasan sekitar dan memohon maaf kepada kesemua pelanggan mereka.

Difahamkan, pihak IKEA berjaya mengepam keluar air dan tiada kemalangan yang dilaporkan.