Isu Bakar Al-Quran : Orang Ramai Disaran Boikot Produk Sweden Seperti IKEA dan H&M

TERKINI
January 25, 2023 - 01:15 PM


Susulan penghinaan agama dan tindakan membakar al-Quran oleh seorang pemimpin Sweden, Rasmus Paludan -- kini satu dunia termasuk Malaysia mengecam sekeras-kerasnya provokasi tersebut serta menyeru orang ramai untuk memboikot produk keluaran negara berkenaan.

Antara jenama dan produk Sweeden berada di Malaysia yang disaran untuk diboikot adalah:

1. IKEA (Deco, Furniture)

2. H&M (clothing)

3. Volvo (car)

4. Thule (bag)

5. Libresse (intimate care)

6. Electrolux (E)

Rata-rata pengguna media sosial juga turut menzahirkan persetujuan untuk memboikot produk negara Sweden itu bagi menzahirkan perjuangan kerana provokasi yang telah menyentuh kesucian agama Islam sekaligus mempromosikan kebencian terhadap Islam.

Malah, ramai juga pemimpin politik Malaysia dan selebriti seperti Caprice dan PU Rahmat dilihat telah mulai mengajak orang ramai memprotes tindakan tersebut dengan turut akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Sweden.

Untuk rekod -- pada 21 Januari lalu, Paludan yang juga tokoh berhaluan kanan parti Stram Kurs membakar al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden semasa protes Islamofobia selepas mendapat permit daripada pihak kerajaan.

Aksi biadab Paludan yang turut menghina Islam itu menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan. 

 

 

Destination: