Siapa Sebenarnya Salwan Momika Ini? Lelaki Jadi Buruan Interpol Bakar Al-Quran Di Sweeden

TERKINI
July 07, 2023 - 04:00 PM


Hari ini dunia kecoh dengan berita seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun, yang bertindak membakar Al-Quran di Sweden, Stockholm pada akhir Jun lepas sewaktu umat Islam merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Lelaki yang dikenali sebagai Salwan Momika itu dilaporkan media antarabangsa kini menjadi buruan pihak berkuasa selepas Pejabat Pendakwa Raya Iraq telah mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol).

Pejabat pendakwa raya telah menghantar maklumat dan waran tangkap khas untuk Momika dan meminta Interpol memaklumkan Baghdad sekiranya dia berjaya diberkas.

Pada 28 Jun lalu, protes berlaku di perkarangan masjid Stockholm, di mana Al-Quran dibakar. Polis Sweden membenarkan demonstrasi itu.

Insiden membakar al-Quran di Stockholm telah mencetuskan kecaman di seluruh dunia.

Iraq telah menyeru pihak berkuasa Sweden untuk menghantar pulang individu yang bertanggungjawab atas kejadian itu.

Ramai ketua negara, termasuk Setiausaha Agung Liga Arab dan Ketua Majlis Kerjasama Teluk, telah mengecam perbuatan itu.

Demonstrasi serupa berlaku di Sweden pada Januari apabila ahli politik sayap kanan Denmark Rasmus Paludan membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye.

TETAPI SIAPAKAH SEBENARNYA SALWAN MOMIKA ITU?

- Nama penuh Salwan adalah Salwan Sabah Matti Momika.

- Dia merupakan seorang warganegara Iraq yang telah bertindak melarikan diri ke Sweeden sekitar 5 tahun lepas dan tinggal di kota Järna di Södertälje, Stockholm County. 

- "Demonstrasi saya akan berlangsung pada hari pertama Aidiladha. Demonstrasi saya akan dilakukan di depan masjid besar di Stockholm di mana saya akan membakar Al-Quran," katanya dalam sebuah video sebelum pembakaran dimuat Shafaq.com, pada Selasa (4/7/2023).

- Dia sempat berkata kepada CNN International mengatakan yang dirinya adalah seorang Ateis (fahaman atau kepercayaan yang tidak mengakui kewujudan Tuhan).

- Dia mendakwa melakukan demonstrasi selepas bergelut selama 3 bulan menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah.

- "Buku ini harus dilarang di dunia kerana bahaya yang ditimbulkannya terhadap demokrasi, etika, nilai-nilai kemanusiaan, hak asasi manusia dan hak-hak perempuan," ujarnya lagi merujuk kepada Al-Quran.

Perbuatan biadap Salwan Momika itu juga telah menimbulkan kemarahan kepada sejumlah penganut Islam Iraq yang bertindak membuat bantahan di luar Kedutaan Sweeden di Baghdad.

Untuk rekod -- demonstrasi serupa pernah berlaku di Sweden pada Januari lalu apabila Ahli Politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan turut membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye.

 

Destination: