Indonesia Lebih Cekap Mengawal Covid-19 Berbanding Malaysia

TERKINI
October 13, 2021 - 04:19 PM


Kes Covid-19 di Indonesia lebih baik daripada negara jiran di rantau ASEAN kata Menteri penyelaras hal ehwal maritime dan Pelabuhan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan. Beliau juga menambah bahawa kes di negara tersebut semakin rendah dan negara tersebut berada dalam kedudukan yang lebih baik dari negara-negara seperti Singapura, Malaysia dan Thailand berdasarkan indeks pemulihan negara tersebut.

Alasan beliau disebalik kenyataan terbabit adalah, dalam seminggu terakhir kes COVID-19 harian nasional turun sebanyak 98.4 peratus berbanding puncaknya pada pertengahan Julai 2021. Sementara itu, Java-Bali mengesahkan kes jatuh sebanyak 98.99 peratus. Bukan hanya itu, jumlah kematian pesakit COVID-19 setiap hari juga terus menurun. Data terbaru pada 10 Oktober 2021, menunjukkan bahawa terdapat 39 kematian di seluruh negara dan 17 kematian di Jawa-Bali.

Bagi program vaksinasi pula, Luhut mengatakan bahawa suntikan vaksin COVID-19 di Indonesia sedang berada pada laluan yang positif di mana terdapat peningkatan dalam liputan vaksin, terutamanya di kalangan orang tua. Tahap pertama vaksinasi di Jawa-Bali mencapai 40 peratus pada 10 Oktober, meningkat 8 peratus sejak 13 September 2021.

Situasi di Malaysia

Malaysia juga menunjukkan rekod yang lebih baik berbanding bulan lalu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham. Beliau berkata Malaysia kini menunjukkan trend positif yang kita akan pulih daripada wabak COVID-19.

Beliau menambah, trend menurun telah ditunjukkan sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34 lagi – indikator utama bagi kes harian kes aktif, kematian, kes ICU dan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Pada ME ke-40 iaitu daripada 3 hingga 9 Oktober, terdapat sebanyak 63,722 kes Covid-19 telah dilaporkan berbanding 83,368 kes pada ME ke-39. Ia turun sebanyak 23. 6 peratus,” katanya sambil menjelaskan penurunan itu juga telah berlaku secara konsisten sejak enam minggu kebelakangan ini iaitu pada ME ke-34.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, sebanyak 133,806 kes aktif dilaporkan pada ME ke-40 iaitu penurunan 21.0 peratus berbanding ME ke-39. Manakala dari segi kematian, KKM merekodkan sebanyak 700 kes kematian dengan purata 100 kes sehari pada ME ke-40 iaitu menurun 50.2 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Manakala pesakit yang memerlukan rawatan di ICU pula menurun sembilan peratus berbanding ME ke-39 dan bagi alat bantuan pernafasan pula menunjukkan penurunan sebanyak 11.2 peratus iaitu 331 kepada ME ke-40.

Malaysia juga mencatatkan penurunan dari segi kluster dengan hanya mencatatkan 79 kluster pada ME-40. Terdapat penurunan kluster sebanyak 21 kluster berbanding ME-39.

Destination: