Ingatkan Manusia Je Jadi Mangsa COVID-19. Tak Sangka 'Nadia Si Belang' Pun Positif Juga!

TERKINI
April 06, 2020 - 03:35 PM


Siapa kata wabak koronavirus ini hanya menyerang manusia sahaja?

Terbaharu, seekor harimau di Zoo Bronx, New York, Amerika Syarikat turut dikesan positif COVID-19.

Menurut pihak zoo tersebut pada Ahad -- Nadia, harimau Malaya betina berusia empat tahun, sebelum itu mengalami batuk kering.

Harimau itu terdedah kepada jangkitan virus berkenaan selepas terdapat pekerja zoo yang disahkan positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan gejala semasa menjaga haiwan tersebut.

"Tidak diketahui bagaimana penyakit ini boleh menjangkiti haiwan itu, tetapi kami akan terus menjalankan pemantauan," kata pihak zoo.

Keputusan itu disahkan oleh Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. 

Sementara itu, kakak kepada Nadia yang bernama Azul, dua harimau Amur dan tiga singa Afrika kini juga diletakkan dalam pemantauan.

Akibat pandemik COVID-19, Zoo Bronx telah ditutup kepada orang ramai sejak 16 Mac lalu.

Sumber: Bernama