Jaga-Jaga Oghang Utara! Amaran Hujan Berterusan Di Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak

TERKINI
December 21, 2021 - 01:56 PM


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri-negeri utara Semenanjung hari ini (Selasa).

Menurut Twitter rasmi @metmalaysia, amaran tahap waspada itu melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian dan Larut, Matang serta Selama.

Hujan berterusan ini berlaku disebabkan lekukan tropika yang dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.

Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung serta menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Sebelum ini, MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Perlis dan Kedah.

Sumber: Twitter @metmalaysia