Jangan Merokok Di Destinasi Pelancongan Hanoi, Kalau Tak Anda Akan Didenda!

TERKINI
October 09, 2019 - 05:01 PM


Ini berita penting kepada mereka yang mempunyai rancangan untuk bercuti ke Hanoi, Vietnam!

Mulai Oktober ini, beberapa lokasi pelancongan utama di Hanoi bakal menjadi kawasan larangan merokok.

Menurut agensi berita Vietnam (VNA), destinasi bebas daripada asap rokok itu termasuk mercu tanda terkenal pelancong seperti :-

- Kuil Ngoc Son

- Kuil Ba Kieu

- Muzium Sejarah Vietnam

- Muzium Revolusi Vietnam

- Pagoda Quan Su

- Pagoda Ba Da

- Opera House Hanoi

- Katedral St Joseph

- Perpustakaan Nasional Vietnam

Mereka yang ditangkap kerana merokok di kawasan larangan akan didenda antara 100,000-300,000 VND (RM18-55).

Larangan itu turut dikuatkuasakan di beberapa hotel dan restoran, malah denda akan dikenakan jika pengusaha premis gagal mempamerkan papan tanda atau notis dilarang merokok dengan jelas.

Pengusaha hotel dan restoran yang didapati bersalah akan didenda antara 3-5 juta VND.



Penguatkuasaan undang-undang terbaharu itu dilakukan berikutan di Vietnam, nisbah pesakit kanser paru-paru di kalangan perokok meningkat sebanyak 96.8 peratus.

Penggunaan tembakau dikesan menjadi antara punca utama penyakit paru-paru, terutamanya kanser paru-paru dan penyakit obstructive pulmonary yang kronik.

Malah, asap rokok juga menyebabkan penyakit paru-paru kepada kanak-kanak.

Sumber: Bernama

Destination: