“Jangan Suka – Suka Hiking Bukit Tabur” – Ada Sebab Kenapa Bukit Tabur Ditutup Kepada Orang Awam

TERKINI
March 11, 2020 - 11:42 AM


Negara kita dianugerahkan dengan banyak tarikan alam semulajadi seperti pantai dan gunung ganang. Pastinya, untuk mereka yang gemarkan aktiviti melibatkan alam semulajadi ini Malaysia ibarat ‘syurga’ kerana mempunyai banyak gunung, pantai, hutan dan sebagainya untuk diterokai.

Namun, diatas semua keghairahan ini, ada sesetengah dari mereka sanggup bergadai nyawa semata – mata untuk memuaskan diri masing – masing.

Kami terjumpa sebuah posting di group hiking di Malaysia dan salah satu daripadanya merupakan posting yang patut dikongsikan iaitu berkenaan satu insiden melibatkan pelancong luar negara di Bukit Tabur yang mana ia menyebabkan kehilangan nyawa sekitar tiga tahun lepas gara – gara rekomendasi orang ramai. 

Disebabkan permukaan dan situasi mendaki yang extreme (45 hingga 90 darjah) mayat mangsa hanya berjaya dibawa turun oleh pasukan penyelamat selepas masa 4 jam dan 30 minit.

Pihak Bomba dan Penyelamat turut menasihatkan semua hikers di Malaysia terutamanya yang merupakan ahli dalam mana - mana group di Facebook yang melibatkan pendakian dan sebagainya supaya tidak menyarankan atau merekomendasi ‘orang luar’ atau pelancong untuk panjat Bukit Tabur.

Kalau nak diikutkan, Bukit Tabur telah ditutup kepada orang awam sejak 2017 dan mereka yang mahu mendaki perlu mendapatkan permit terlebih dahulu. Menurut posting peringatan berkenaan lagi, sekiranya mahu menyarankan seseorang untuk mendaki, pastikan mereka ada ‘guide’ yang sepatutnya dan orang yang menyarankan itu perlu ada sekali sebaiknya. 

Tambahnya, aktiviti hiking sememangnya tidak dinafikan adalah baik untuk kesihatan, namun perlu diingatkan bahawa setiap badan atau setiap orang mempunyai hadnya yang tersendiri dan ianya berbeza antara satu sama lain. Jangan samakan orang dengan diri anda yang dah selalu mendaki. Mungkin mereka kurang fit!

Sebaiknya, apa – apa aktiviti melibatkan fizikal haruslah dilakukan dengan keupayaan diri sendiri, jangan sehingga cedera atau lebih teruk, melibatkan nyawa.

p/s: Sekali lagi diingatkan, nak naik Bukit Tabur, kena ada permit! Boleh dapatkan di Pejabat Hutan Negeri Selangor.

Sumber : Facebook