Jepun Mula Buka Pintu Sempadan, Pelancong Perlu Patuh SOP Ketat!

TERKINI
June 08, 2022 - 11:29 AM


Pengembara luar negara dibenarkan ke Jepun namun perlu mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP).

Antara SOP yang mesti dipatuhiIni

  • Perlu memakai pelitup muka,
  • Mengambil insurans peribadi
  • Ditemani sepanjang penginapan

Perkara itu diumumkan kerajaan pada Selasa susulan pembukaan semula pintu masuk antarabangsa.

Hanya pelancong dalam pakej pelancongan akan dibenarkan masuk bagi fasa pertama pembukaan semula bermula 10 Jun.

Malah agensi pelancongan yang mengiringi mereka perlu memastikan mereka sentiasa memakai pelitup muka.

Penggunaan pelitup muka juga diwajibkan di kawasan terbuka terutamanya apabila orang ramai berhimpun dalam jarak dekat.

Sebelum ini, Jepun melaksanakan antara sekatan paling ketat berkenaan pintu sempadan antara negara-negara lain dengan tidak membenarkan kemasukan bukan rakyatnya.

Destination: