Johor Ada Perancangan 10 Tahun Untuk Tingkatkan Industri Pelancongan Mereka, Terbaiklah!
TERKINIIngat tak artikel Rileklah yang menceritakan kemungkinan besar johor boleh sailang Kelantan jadi negeri yang paling banyak menerima pelancong selepas PKPB. Sekarang ni, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata mereka sudah lama mempunyai perancangan untuk meningkatkan industri pelancongan di negeri ini.
Dan kini, pihak mereka akan teruskan perancangan dan penambahbaikan dalam jangka masa yang panjang agar pelancong yang datang ke negeri Johor akan sentiasa mengingati tempat-tempat menarik di sini.
Menurut beliau, setiap daerah di Johor ada tarikan tersendiri dan sebahagian daripadanya termasuklah pulau-pulau cantik yang terletak di daerah Mersing. Dengan mendapat kerjasama dari kerajaan persekutuan, setiap lokasi yang mempunyai potensi untuk tarik pelancong akan dinaiktaraf menjadi lokasi pelancongan.
Dalam Usaha Mempromosikan Pulau-Pulau Di Mersing
Dan korang tahu tak terdapat 93 pulau terletak di Mersing? Datuk Onn Hafizi Bersama 23 pihak media akan melawat beberapa pulau tersebut pada minggu ini. Antara pulau yang akan dilawati adalah Pulau Aur, Pulau Dayang, Pulau Pemanggil, Pulau Harimau, Pulau Rawa, dan Pulau Besar.
Beliau berharap lawatan ini mampu untuk meningkatkan kadar masuk pelancong dan menjadi lokasi pelancongan antarabangsa pada masa akan datang. Jadi apa pendapat korang mengenai usaha ni? Nampaknya industri pelancongan domestik kita dah semakin meningkat dan harapnya lepas ni akan ada lebih banyak lagi negeri-negeri lain yang mengambil langkah sama.
Apa pun kalau korang nak travel ke sini, macam biasa, pakai mask dan jaga SOP okay? Have fun!
Sumber: The Star