Johor Bakal Sailang Kelantan Jadi Negeri Paling Banyak Terima Pelancong?

TERKINI
September 18, 2020 - 06:34 PM


Baru-baru ini OYO ada mengeluarkan Travel Report mereka yang mendokumentasikan segala pergerakan rakyat Malaysia yang travel di dalam Malaysia. Rekod seperti berapa ramai yang melancong bagi sesebuah negeri juga turut ada dalam report tersebut. Travel Report in ini juga tidak terhad kepada Malaysia sahaja, negara luar pun ada. Tapi kali ni kita fokus negara kita dulu.

Report ini sangat berguna kerana OYO boleh membuat prediction travel trend yang sedang berlaku dan dari situ mereka boleh merancang marketing mereka untuk menarik potensi pelancong akan datang. Di Malaysia, nampaknya booking hotel untuk bulan-bulan akan datang kebanyakannya berada di negeri Johor, diikuti oleh Kuala Lumpur dan Kota Bharu.

Kalau la semua yang booking tu jadi pergi ke Johor, lagi dua tiga bulan memang turun la takhta negeri Kelantan sebagai negeri yang paling banyak menerima pelancong. Jadi apa tempat menarik di Johor? Ada banyak sebenarnya, tak cukup kalau nak buat list ni. Tapi min nak bagitahu beberapa lokasi mainstream yang korang boleh pergi kalau first time datang Johor.

1) Johor Premium Outlet (JPO)

Inilah dia lokasi terkenal kalau korang nak beli baju berjenama tetapi dengan harga yang murah sedikit berbanding di kedai official. Yang paling best diorang selalu jugak buat sales, kadang-kadang tu sampai 65% off tau. Tak hairan la ramai yang datang sini hanya untuk shopping baju je.

2) Taman Negara Endau Rompin, Mersing

Okay, ni memang mainstream habis la ni. Terkenal sungguh dalam kalangan orang yang duduk negeri luar Johor. Banyak aktiviti yang korang boleh buat termasuklah jungle trekking, camping, dan mandi air terjun. Nak tengok binatang rare seperti tapir pun ada tau.

3) Dinasour Alive Water Theme Park, Johor Bahru

Kalau nak bawak anak-anak korang pergi tempat unik, inilah dia. Ada replika dinasour setinggi 85 kaki. Dan ada juga animatronic dinasour yang akan bergerak sendiri bila korang pergi dekat. Confirm budak-budak suka. Tapi ingat, dinasour ni boleh tahan juga scary dia, make sure explain kat budak-budak tu agar dia tak terkejut dan takut.

4) Bazar Karat, Johor Bahru

Peminat uptown atau kaki selam bundle boleh datang sini. Memang meriah tiap-tiap malam ada saja barangan yang dijual. Dan satu skill yang korang kena ada bila datang sini adalah tawar menawar. Peniaga di sini ada budi bicara untuk kurangkan harga, kalau korang berjaya ‘sweet talk’ diorang la. Berseronok la korang di sini okay?

Jadi itulah dia beberapa tempat mainstream yang sering dikunjungi oleh penduduk luar negeri Johor. Ada banyak gila lokasi best dekat Johor ni. Tak hairan la orang ramai booking nak datang negeri ni. Korang rasa macam mana? Johor ada can tak nak tapau Kelantan jadi negeri paling ramai terima pelancong?

Destination: