Sektor Pelancongan Malaysia Kembali Bernyawa!
TERKINIEkonomi pelancongan di negara kita telah terjejas teruk akibat wabak COVID-19 yang melanda pada tahun ini. Banyak sektor yang terpaksa ditutup bagi memastikan keselamatan orang ramai dan salah satu sektor yang terjejas teruk adalah sektor pelancongan. Namun baru-baru ini Malaysia sudah membenarkan rakyatnya untuk pergi merentas negeri. Dan nampaknya sektor pelancongan kembali bernyawa sejak 7 Disember yang lalu.
Menurut Sinar Harian, di kawasan Selangor, pusat membeli belah Central I-City dan AEON Bukit Raja menunjukkan peningkatan bilangan pengunjung dan mereka masih mengekalkan dan mematuhi SOP. Pekerja di kedai barangan aksesori juga berasa lega apabila bilangan pelanggan yang datang semakin bertambah di lokasi tersebut.
Manakala di Rantau Panjang, Kelantan, pekan tersebut kembali meriah dengan kehadiran pengunjung. Peniaga kecil mampu membuka semula kedai mereka dan menjana pendapatan untuk meneruskan kehidupan seharian. Di Port Dickson, Negeri Sembilan, pantai Teluk Kemang dan Pantai Port Dickson juga turut kembali meriah pada hujung minggu yang lepas. Malah jualan gerai kecil juga turut mendapat sambutan baik oleh pelancong tempatan.
Di Lumut, Perak, orang ramai kembali bercuti di Pulau Pangkor dan hampir semua bilik di hotel dan resort yang ada penuh ditempah. Kebanyakan yang datang adalah pelancong dari Selangor kerana cuti umum Hari Keputraan Sultan Selangor jumaat lepas. Di Pulau Langkawi pula, trip feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah juga turut bertambah dan bilik hotel di Pantai Chenang memang fully booked.
Dengan kata lain, kebenaran untuk merentas negeri ini telah banyak membantu sektor pelancongan termasuklah peniaga-peniaga kecil dan pengusaha resort bagi memastikan pendapatan mereka terjamin. Jadi kalau korang nak pergi bercuti, bolehlah pergi dengan penuh berhati-hati ya. Patuhi SOP dan pakai penutup muka sepanjang masa.
Sumber: Sinar Harian