Jom Balik Kampung! Kerajaan Benar Rentas Negeri Bermula Esok
TERKINIAkhirnya...
Berita yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia, bermula esok, kerajaan membenarkan rakyat untuk merentas negeri selepas kelonggaran kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Menurut Ismail Sabri, peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi telah mencapai 90 peratus.
Turut diumum sempadan negeri di seluruh negara dibuka serentak mulai esok, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa melepasi 90%.
“Rentas negeri dibenarkan bermula esok. Pergerakan termasuk pulang ke kampung. Saya percaya ramai tertunggu pengumuman ini,” katanya.
Menurut beliau, dengan keputusan tersebut, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan terutama balik kampung berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.