Beberapa Hari Je Lagi! Kerajaan Bakal Umum Tarikh Kebenaran Rentas Negeri

TERKINI
October 06, 2021 - 05:14 PM


Tarikh kebenaran rentas negeri dijangka bakal diumumkan dalam beberapa hari lagi selepas kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dewasa di Malaysia mencapai 90 peratus.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan mengambil kira dan meneliti pelbagai faktor sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Setakat hari ini saya dimaklumkan kejayaan kita dah sampai 88.74 peratus jadi mungkin kita akan sampai kepada 90 peratus ini dalam beberapa hari lagi.

“Apa yang kita lakukan kebelakangan ini banyak bersandarkan kepada pertimbangan- pertimbangan yang ditunjukan oleh data yang diperoleh.

“Kita kena pastikan bahawa kalau 90 peratus ini dikecapi, kita tunggulah pengumuman oleh Perdana Menteri nanti,“ jelasnya dalam sidang akhbar selepas hadir pada Program Bakul Kementerian Pertahanan (MINDEF) Prihatin.

Tambah Hishammuddin, kerajaan kini lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terus terjamin dan terlindung daripada wabak Covid-19.

“Jangan kita tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan tanpa sasaran yang tepat. Ia mesti bersandarkan kepada data.

“Saya berpuas hati dengan perjalanan kita menghadapi dalam menangani Covid-19 setakat ini,” katanya.

Harap-harap semuanya berjalan lancar! Min tak sabar dah ni nak balik kampung!

Destination: