Jom Honeymoon Ke Maldives! Dorang Dah Dapat Cop Pengiktirafan Sebagai Destinasi Selamat Dikunjungi Sekarang

TERKINI
September 21, 2020 - 04:17 PM


Maldives adalah antara destinasi percutian popular yang menjadi idaman serta 'wishlist' ramai pelancong dari seluruh dunia.

Keindahan air lautnya yang membiru serta pasir pantainya yang memutih cukup mempesonakan kepada sesiapa yang memandangnya, maka tidak hairanlah ia menjadi lokasi pilihan terutama bagi mereka yang inginkan sebuah percutian mendamaikan atau berbulan madu bersama yang tersayang.

World Travel and Tourism Council (WTTC) baru-baru ini telah mengiktiraf usaha Maldives dalam melaksanakan protokol langkah-langkah kesihatan dan keselamatan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta merancakkan kembali industri pelancongan.

Maldives berjaya menepati Safe Travels Stamp yang disokong oleh Organisasi Pelancongan Dunia, selain 200 syarikat pelancongan lain.

Objektif Safe Travels Stamp ini adalah untuk memberikan keyakinan dan membina semula kepercayaan pelanggan ketika melakukan perjalanan ke Maldives, selain memastikan standard kebersihan yang lebih tinggi agar pelancong berasa selamat sepanjang bercuti ke pulau tersebut.

Ia adalah modul keselamatan dan kebersihan global yang pertama seumpamanya untuk pelancongan yang dihasilkan untuk menangani Covid-19 dan wabak lain.

Organisasi Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) juga menjadikan WTTC sebagai keutamaan, malah banyak destinasi popular di dunia juga telah mula mendaftar bagi mendapatkan cap keselamatan dan kebersihan global ini.

Sumber: Mstar

Destination: