Jual Sijil Vaksin Palsu RM 500, Polis Rampas 1,900 Sijil Bernilai Hampir Satu Juta

TERKINI
January 10, 2022 - 03:26 PM


Kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif dalam usaha untuk mengawal wabak Covid 19 yang menyerang negara. Namun, satu kes yang agak mengecewakan dimana terdapat beberapa pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual sijil palsu.

Mereka yang menolak vaksin hanya perlu membayar sebanyak RM 500 untuk mendapatkan sijil vaksin tanpa perlu menerima suntikan.

Seorang pengguna twitter @ShaqNewsMPB, dilaporkan kes ini berlaku di sebuah klinik swasta di Marang melibatkan seorang doktor berusia 51 tahun. Lebih mengejutkan ramai, pihak polis sudah berjaya merampas 1,900 sijil vaksin COVID-19 palsu menerusi serbuan yang dijalankan.

Insiden yang berlaku nyata membuatkan para netizen naik angin kerana akibat sifat pentingkan diri ini bakal memudaratkan orang lain. Setakat ini, doktor berkenaan dikatakan telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Para netizen turut meluahkan rasa risau memikirkan jumlah sijil yang sudah berjaya ‘dibeli’ golongan antivaksin semata-mata untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin tanpa syarat dibenarkan pihak KKM.

Destination: