Juruterbang Tertinggal Lesen, Penerbangan ANA Terpaksa Dibatalkan

TERKINI
December 27, 2019 - 11:09 AM


Manusia itu sememangnya sifatnya memang tak sempurna, sehebat mana seseorang itu, pasti ada hari – harinya akan melakukan kesilapan dan itulah yang terjadi kepada seorang juruterbang Syarikat Penerbangan All Nippon Airways (ANA) pada hari Natal yang lepas.

Menurut laporan Japan Times, juruterbang berusia 60 tahun tersebut seperti biasa akan menerbangkan pesawat ANA dengan 259 penumpang dari Haneda, Tokyo ke Kukuoka.

Nak dijadikan cerita, sama seperti membawa kenderaan lain, setiap juruterbang perlu mempunyai lesen penerbangan yang sah semasa menerbangkan pesawat dan pilot penerbangan ANA 259 ni hanya perasan lesennya tertinggal ketika di udara.

Contoh Lesen Pilot

Disebabkan sudah menghampiri destinasi, pilot berkenaan dibenarkan menamatkan perjalanannya ke Kukuoka. Namun, penerbangan yang sepatutnya dikendalikan oleh juruterbang tersebut selepas itu iaitu ANA 428 dari Fukuoka ke Itami terpaksa dibatalkan dan ini menyebabkan 129 orang penumpang terkandas dan terpaksa mencari alternatif lain.

Setakat ini, pihak ANA masih dalam proses menyiasat kejadian ini dan difahamkan mereka ada mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada kesemua penumpang yang terlibat.