Kedah Masih Mempromosikan Pelancongan Mereka Sebagai Persiapan Untuk Masa Akan Datang

TERKINI
January 25, 2021 - 05:03 PM


Kalau korang tak pernah melancong ke negeri Kedah, korang tak akan sangka yang negeri tersebut mempunyai pelbagai lokasi menarik dan hidden gem yang digemari oleh kaki travel. Seperti yang korang semua tahu, industri pelancongan Malaysia terjejas teruk akibat PKP tahun lepas dan PKP 2.0 yang dilaksanakan baru-baru ini. Namun Kedah masih lagi mempromosikan lokasi pelancongan negeri mereka.

Menurut Pengurus Kedah Tourism, Nor Azlan Fitri Abdul Razak, promosi lanjutan sangat diperlukan bagi memastikan industri pelancongan di negeri ini boleh survive pada masa akan datang. Melalui promosi ini, pelancong boleh merancang dan memilih lokasi yang mereka ingin lawati setelah PKP 2.0 ini tamat pada masa akan datang.

Menurut data yang diterima mereka, lokasi yang paling dikunjungi oleh orang ramai selepas PKP tahun lepas adalah Baling dan Yan. Ini kerana lokasi tersebut mempunyai pelbagai tarikan menarik untuk pelancong. Tetapi beliau juga tidak menafikan bahawa banyak lokasi pelancongan yang terpaksa ditutup kerana tidak dapat menampung kerugian akibat kekurangan pelancong.

Oleh itu, beliau berharap agar semua pemain industri yang bertapak di Kedah mampu survive dan meneruskan operasi mereka setelah pandemik ini reda di Malaysia. Dan kerajaan bersama pelbagai agensi juga turut membantu bagi memastikan aktiviti pelancongan hidup selepas PKP 2.0 di Kedah dan juga negeri-negeri lain.

Sumber: The Edge Market

Destination: