Pengusaha Pelancongan Di Langkawi Risau Tentang Nasib Mereka Sekiranya PKP Dilaksanakan Semula
TERKININampaknya ura-ura mengenai perutusan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 membuatkan pemain industri pelancongan di pulau peranginan ini sangat risau tentang perniagaan yang bakal kembali merosot sekiranya benar. Ini kerana industri pelancongan baru sahaja mula bangkit selepas kebenaran merentas negeri diberikan.
Menurut Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah dan Perlis, Razmi Rahmat berkata, tempas besar akan dirasai oleh pengusaha hotel kerana kebanyakan pelancong di pusat peranginan ini datang dari Lembah Klang. Dan industri pelancongan di Langkawi juga baru sahaja nak 'bernafas' semula dari kesan PKP yang lepas.
Walaupun tak ada lagi pengumuman yang dibuat, ramai pelanggan sudah mula membatalkan tempahan mereka di penginapan-penginapan di sana. Kebanyakan rakyat takut 'stuck' di negeri tersebut dan tidak boleh pulang ke rumah. Malah beliau juga memberitahu bahawa 70% dari ekonomi di Langkawi datangnya dari industri pelancongan.
Pengarah Urusan Pro Link Travel & Tours Sdn. Bhd, Hasmadi Hamid berkata, sekiranya larangan merentas negeri dilaksanakan semula, kemungkinan besar akan ada protes yang dilakukan oleh mereka yang terjejas dengan keputusan tersebut. Malah sewa tunggakan akibat PKP lepas juga masih belum langsai lagi. Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia hanya boleh menunggu perutusan Perdana Menteri yang bakal disiarkan pada hari ini.
Sumber: Kosmo