Kelayakan Piala Dunia: Perlawanan Argentina VS Brazil Ditunda Akibat Campur tangan Kerajaan?

TERKINI
September 06, 2021 - 09:57 AM


Pertemuan klasik antara Brazil menentang Argentina yang sering menjadi tumpuan peminat bola sepak ditunda awal pagi tadi akibat Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dituduh melanggar prosedur mengekang wabak COVID-19. Pegawai Kesihatan Brazil menyatakan bahawa terdapat 4 pemain kesebelasan utama Argentina tidak dibenarkan untuk bermain perlawananan tersebut kerana langgar protokol kuarantin dan mendakwa AFA memalsukan dokumen yang melibatkan pemain mereka yang beraksi di England.

Brazil juga terpaksa beraksi tanpa skuad utama mereka kerana kelab-kelab Liga perdana Inggeris dan Sepanyol enggan melepaskan pemain mereka untuk aksi kelayakan piala dunia kali ini kerana peraturan prosedur kuarantin yang mengakibatkan pemain mereka mungkin terlepas perlawanan liga.

Para pemain Brazil dan Argentina sudah bersedia untuk memulakan perlawan namun akibat campur tangan pegawai kesihatan Brazil meninggalkan pelbagai persoalan terhadap para peminat bola sepak. Kapten Argentina Lionel Messi mendakwa bawaha mereka tidak diberi sebarang notis amaran mengenai peraturan tersebut.

4 pemain tersebut adalah Emiliano Martinez, Cristian Romero, Buendia dan Giovanni Lo Celso telah beraksi ketika Argentina menang ke atas Venezuela minggu lalu. Argentina mendakwa mereka berhak untuk beraksi kerana Conmebol telah pun memberi lampu hijau buat 4 pemain tersebut.