Keluarga Besar Mesti Koyak Poket...Harga Tiket Muzium Naik!

TERKINI
May 19, 2022 - 10:52 AM


Harga tiket baharu untuk tiga buah muzium di Melaka iaitu Muzium Kapal Selam, Muzium Kesultanan Melaka dan Perkampungan Hang Tuah dilihat membebankan pengunjung yang memiliki keluarga besar.

Rata-rata pengunjung berpendapat kemasukan ke tiga muzium berkenaan membebankan bagi pelancong yang berkeluarga, namun tidak menjadi masalah kepada individu bujang.

Harga baharu itu membabitkan lima muzium bagi semua kategori pengunjung termasuk pelancong asing dengan kenaikan antara RM2 hingga RM10.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, hampir separuh daripada 26 galeri dan muzium yang beroperasi selaku pempamer warisan kebudayaan dan sejarah di Melaka menanggung kerugian, meskipun masih beroperasi.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dalam sesi jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Mac lalu.

Sumber:  UTUSAN

Destination: