Kenapa Arab Saudi Import Pasir Dari Luar? Ini Sebabnya
TERKINIBila ingat Arab Saudi, mestilah kita ingat padang pasir.
Dan jika korang lihat dari Peta Google, jelas kelihatan yang Arab Saudi ni memang 95% dipenuhi dengan padang pasir, dan sebahagian besar terdiri daripada bukit pasir.
Tapi yang pelik kenapa Arab Saudi mesti import pasir dari negara luar.
Mengapa ianya berlaku sedangkan Arab Saudi memiliki jumlah pasir yang melimpah?
Sebenarnya, pasir yang ada di tanah Arab tak boleh digunakan untuk kegunaan pembinaan dan tak memberi apa-apa manfaat.
Mereka mahu pasir berkualiti tinggi dan pasir di import dari Scotland.
Pasir di padang pasir atau gurun agak berbeza dengan pasir maritim.
Pasir di gurun terhakis oleh angin dan ia menjadi halus-sehalusnya. Manakala pasir laut atau pasir sungai terhakis oleh air dan teksturnya menjadi agak kasar dan lebih berguna.
Pasir seperti ini lebih berguna untuk menghasilkan konkrit, bahan yang digunakan untuk mengbina bangunan. sifat pasir gurun kurang sesuai kalau di buat pakai dalam industri pembinaan.
Nisbah yang berbeza dalam mendapatkan sifat konkrit yang berbeza dengan jumlah pasir dan konkrit berlainan, tapi secara keseluruhan memang konkrit lebih banyak jumlahnya.
Masalahnya sama seperti petroleum, pasir adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Masa lebih banyak diperlukan untuk menghasilkan pasir dari menghasilkan sekumpulan manusia.
Oleh itu, sesetengah negara yang suka akan pembinaan bangunan dan prasarana menghadapi masalah kekurangan pasir untuk digunakan dalam industri tersebut.
Dan semestinya negara yang menghadapi masalah tersebut ialah Arab Saudi dan memerlukan pasir maritim yang banyak.
Harga pasir maritim tidak lah begitu mahal, lagipun mudah di dapati di kebanyakan negara. Namun ramai yang memerlukannya, maka tidak pelik jika ada yang cuba mengambil pasir secara haram.
Pencurian pasir adalah satu fenomena di kebanyakan negara antaranya yang terlibat ialah Jamaica, Hungary dan India.
Sekarang ini, seluruh dunia sedang hadapi masalah kekurangan pasir.
Jika pasir maritim dan konkrit boleh di kitar semula maka masalah itu tidak wujud. Tapi siapa sahaja yang peduli dengan hal ini.
Apa yang terjadi kepada dunia jika tiada lagi pasir yang wujud? Wallahualam.
Sumber: Iluminasi