Wow, Domino’s ‘Belanja’ 25 Ribu Piza Percuma Setiap Bulan! Korang Jangan Terlepas Peluang!

FOODIE
June 24, 2022 - 12:26 PM


Ini berita baik untuk korang yang juga merupakan penggemar Domino's Pizza! Sempena ulang tahun mereka yang ke-25 -- Domino's telah berbesar hati untuk 'payung' semua rakyat Malaysia dengan tawaran 25,000 piza percuma pada setiap 25 hari bulan, setiap bulan.

Korang nak tahu macam mana cara untuk menebus piza percuma tersebut, ikuti langkah mudah seperti di bawah ini:-

 

  1. Layari website itsallaboutyou.dominos.com.my pada setiap 25 haribulan, setiap bulan
  2. Isikan email anda yang sah dan tekan butang submit
  3. Sekiranya penebusan anda berjaya, anda bakal terima kod dan notifikasi pengesahan di email anda.
  4. Lengkapkan pesanan anda di aplikasi atau laman web rasmi Domino’s dan sertakan kod yang telah anda terima di “Promos & Coupon” dan nikmati piza percuma anda!

Info Tambahan

  • Anda hanya boleh tebus satu piza percuma dengan satu email yang sah pada setiap bulan
  • Setiap kod penebusan sah untuk satu bulan sahaja
  • Untuk tebus kod pizza percuma anda perlu berbelanja minimum RM20
  • Kod pizza percuma ini boleh diguna bersama dengan kod atau promo yang lain

Jika kod pada bulan ini telah habis ditebus, anda bakal terima email yang menyatakan “come back next month” Jangan bersedih! Kerana promosi ini berlangsung dari 25 Jun 2022 hingga 25 Disember 2021! 

 

Destination: