Kini Giliran YDPA Agong Pula Murka Berkenaan Mural Taman Cahaya Alam Diconteng

TERKINI
July 21, 2020 - 03:23 PM


Siapa je yang tak kenal dengan mural yang dilukis cantik di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12. Lukisan mural tersebut adalah hasil tangan Suhaimi Ali, Abdul Hadi Ramli, dan Firdaus Nordin. Menggunakan duit sendiri, mereka tidak sangka mural ini akan mendapat sambutan hebat dari netizen.

Bukan tu saja, malah YDPA Agong bersama isteri baginda juga turut turun padang dan bergambar bagi menghargai bakat dan jasa anak-anak muda dalam bidang seni ini. Malah ketua pengarah kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah juga turut bergambar dan meluahkan rasa bangga beliau terhadap hasil seni anak muda tempatan.

Namun tak sampai sebulan mural tersebut telah diconteng. Bayangkan betapa sedihnya diri pelukis-pelukis mural tersebut. Netizen juga meluahkan rasa kesal dan marah terhadap kejadian ini. Raja permaisuri Agong turut sedih melihat keadaan mural tersebut selepas diconteng. Bukan itu je, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, melahirkan rasa murka terhadap pelaku tersebut. Baginda bertitah agar pelaku tersebut segera ditangkap dan dihukum.

Menurut rakaman CCTV di kawasan tersebut, terdapat dua orang wanita yang melakukan jenayah ini. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan bagi menangkap mereka yang terlibat. Dan bagi mural itu pula, setelah berbincang, tiga sahabat tersebut membuat keputusan untuk padam sahaja lukisan mural tu. Kerana mereka berpendapat kalau lukis balik pun ada lagi potential nak diconteng semula. Dah la muka YDPA pulak tu diconteng. So better padam terus.

Sedih kan? Apa la masalah rakyat Malaysia ni. Kalau ya pun tak puas hati dengan ahli politik ke apa ke, jangan la sabotaj hasil titik peluh orang lain. Ingat senang ke nak siapkan karya besar dan cantik tu. Orang yang conteng tu memang sampah, harap korang mereput dalam penjara.