Korang Ada Saman Trafik? Cepat Bayar PDRM Tawar Diskaun 80 Peratus Untuk 4 Hari Ni Sahaja!

TERKINI
December 09, 2021 - 02:45 PM


Ini ada berita baik kepada korang yang mempunyai saman trafik!

Bermula hari ini, 9 Disember hingga 12 Disember -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus!

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata tawaran diskaun itu sempena program 100 hari Aspirasi #Keluarga Malaysia, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 9 Disember ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Semua pembayaran kompaun boleh dibuat sepanjang tempoh 4 hari tersebut dengan beberapa kaedah, seperti :

- Kaunter PDRM di KLCC

- Kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen

- Portal PDRM

- Aplikasi MyBayar

Bagaimanapun tawaran pengurangan saman itu -- tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Mat Kasim berkata orang ramai mahupun syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my/ atau memuat turun aplikasi di platform Google Play Store, Apple AppsStore dan Huawei Gallery -- seterusnya boleh membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19 bagi yang berurusan di kaunter bayaran fizikal.

Sumber: BERNAMA

Destination: