Korang Dah Tengok Belum Dorang Reveal Ayah Boboiboy?

TERKINI
March 19, 2021 - 06:21 PM


Sempena dengan ulang tahun ke-10 siri animasi Boboiboy, team Monsta telah membuat satu kejutan kepada peminat dengan mengeluarkan tayangan khas iaitu EPISOD 1 versi Extended.

Episod tersebut membuatkan para peminat teruja dan tidak senang duduk memandangkan terdapat kemunculan ayah BoboiBoy, Amato (Mechamoto). Amato sebelum ini tidak pernah muncul dalam mana-mana siri Boboboy namun muncul secara fizikal buat julung kalinya di kredit akhir BoBoiBoy Movie 2.

Scene yang memperlihatkan BoBoiBoy terpaksa berpisah dengan bapanya, untuk tinggal bersama atoknya, Tok Aba di Pulau Rintis disebabkan bapanya terpaksa pergi untuk menguruskan sesuatu tugasan.

Dalam scene tersebut turut kelihatan, MechaBot yang juga sahabat baik dan pemberi kuasa kepada Amato.

Korang boleh tengok episod tersebut di bawah: 

Baru lima hari ditayangkan di Youtube, episod edisi khas itu sudahpun mendapat 7 juta tontonan.

Filem Mechamato yang sepatutnya ditayangan pada penghujung tahun 2020 namun terpaksa ditunda ekoran pandemik dijangka akan menemui peminat di pada penghujung tahun ini.

Filem Mechamato mengisahkan tentang penggembaraan Amato yang secara tidak sengaja mejadi pemilik kepada MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk “Mechanize” dengan objek lain.

Sumber: Buzzkini