Korang Dah Tengok Iklan Puasa McD Singapura? Sebak Weh!

TERKINI
April 20, 2021 - 04:46 PM


Tahun ini dah masuk tahun kedua kita berpuasa di dalam pandemik, maksudnya ada rakyat Malaysia yang tidak dapat bersama-sama merasai nikmat ibadah itu dengan ahli keluarga disebabkan oleh perintah larangan merentas negeri dan juga sempadan antarabangsa.

Memandangkan sempadan Malaysia-Singapura pun telah ditutup hampir lebih setahun, McDonalds Singapura telah menerbitkan sebuah iklan pendek Ramadan tentang rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura menjalani ibadah puasa di negara jiran itu, tanpa keluarga mereka. 

Video yang berdurasi 2 minit 48 saat itu menceritakan kisah Samsuri dan beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sejak awal pandemik lagi. 

 

Rakyat Malaysia di dalam video pendek itu berkata bahawa mereka perlu terus kuat semangat demi mencari rezeki di perantauan, untuk kesenangan keluarga masing-masing. 

Ramai netizen yang sebak melihat video tersebut, dan ramai juga rakyat Singapura yang mengucapkan tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang berkerja di negara mereka.