Lebih 90 Peratus Tuntutan Bayaran Balik Sudah Dijelaskan - AirAsia

TERKINI
March 30, 2022 - 02:37 PM


Lebih 90 peratus bayaran balik kepada penumpang terjejas sudah dijelaskan Airasia, meskipun syarikat penerbangan tambang rendah berdepan kesulitan kewangan akibat COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, berkata syarikat itu dijangka tidak berdepan masalah untuk menyelesaikan baki tuntutan bayaran balik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

"Airasia telah mengendalikan lebih 90 peratus bayaran balik dan ia boleh disifatkan sebagai pencapaian luar biasa kerana ia dicapai tanpa sokongan kewangan daripada kerajaan.

"Pencapaian hebat ini juga selepas mengambil kira jumlah besar tuntutan berbanding syarikat penerbangan lain," katanya pada majlis pelancaran maya aplikasi Airasia Super App dikenali sebagai SUPER+ baru-baru ini.

Fernandes berkata, bayaran balik tuntutan pelanggan Airasia akan dijelaskan dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas penerbangan disambung semula.

"Untuk pelanggan Malaysia mungkin dalam tempoh beberapa bulan lagi, manakala Filipina pula dalam tempoh enam bulan," katanya.

Merujuk kepada tuntutan kepada Airasia X, beliau menjelaskan, pelanggan syarikat penerbangan jarak jauh itu akan menerima baucar penerbangan ia kembali beroperasi kelak sebagai langkah kumpulan untuk bertindak adil kepada pelanggannya.

Sumber: Berita Harian

Destination: