Lebih Daripada Sepuluh ‘Money Changer’ Palsu Dikesan Di Bali

TERKINI
February 19, 2020 - 04:04 PM


Persatuan Penukaran Matawang Asing Bali (AVPA) baru - baru ini membuat pendedahan tentang kewujudan lambakan pusat penukaran wang atau money changer yang memberikan matawang palsu.

Kumpulan ini sedang giat menjalankan operasi di Ubud setelah kegiatan mereka di Kuta dan Seminyak berjaya dikesan pihak berkuasa dan pemantauan lebih kerap dan ketat dilakukan di lokasi berkenaan.

Menurut kenyataan Pengurusi AVPA, lebih daripada 12 money changer telah dikenalpasti dan rata - ratanya menjalankan modus operandi yang samaniaitu memberikan wang yang kurang dari nilai yang sepatutnya.

Antara yang papan tanda yang mencurigakan kelihatan seperti ini ya...

Lebih daripada 12 pusat penukaran wang palsu dan haram telah dikesan sepanjang tahun 2019 dan pihak AVPA telah menjalankan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, penduduk setempat serta para pelancong kerana mereka ini merupakan individu yang sentiasa berinteraksi dengan orang ramai dan tahu tentang maklumat-maklumat yang diperlukan.

Tambahan itu, mereka yang mempunyai maklumat dan bukti tentang kegiatan penipuan penukaran wang ini diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil.

Kalau nak diikutkan, memang ada banyak money changer di sekitar Bali dan biasanya akan lebih banyak di tempat tumpuan pelancong seperti Kuta, Seminyak, Sanur dan Ubud. Walaubagaimanapun, bukan semua boleh dipercayai dan ada diantara tempat ini sememangnya menjalankan scam yang sering memerangkap pelancong.

Baru - baru ini, viral sebuah video yang mana warga tempatan Bali yang juga merupakan seorang tour guide memarahi / menyerang sebuah kiosk money changer kerana menipu kumpulan yang dibawanya. Rata - rata netizen memuji tandakan tourguide tersebut dan secara tidak langsung, ia dapat membersihkan imej Bali daripada scam yang popular ini. 

Destination: