Lelaki 40-an Tendang Sampai Koyak Lutut! Marah Kena 'Reject' Dengan Perempuan 14 Tahun!

TERKINI
June 08, 2022 - 05:44 PM


Dah 2022, masih ada lagi lelaki yang tak reti nak hormat perempuan. Tak boleh terima kenyataan apabila ditolak bila ajak berkenalan ataupun bila gagal dapatkan apa yang mereka nak!

Tular baru-baru ini, seorang wanita @ayangfiza ada memuat naik satu video di TikToknya berkongsi tentang adiknya yang berumur 14 tahun dikasari oleh seorang lelaki berumur 42 tahun.

@ayangfiza

 

♬ Instrument Sholawat Sedih - INDRAGE

Dalam video tersebut, difahamkan yang lelaki berkenaan bertindak menendang lutut gadis yang juga merupakan pekerja di sebuah restoran dalam kejadian pada Ahad hanya sebab tak dapat nombor telefon.

Menurut kakaknya yang lebih dikenali sebagai Fiza, adiknya sedang bercuti sekolah dan buat kerja sambilan untuk memperoleh duit belanja. Ketika kejadian, seorang lelaki datang lalu mengacau adiknya dengan kerap meminta nombor telefon tapi tidak dilayan.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pada mulanya lelaki tersebut memaki adiknya dengan panggilan ‘betina si**. Adiknya tak boleh terima lalu menengking semula dan selepas itu lelaki berkenaan terus menendang adiknya.

Sehingga mengakibatka, tisu lutut kaki adiknya koyak akibat ditendang 2 kali serta adiknya trauma untuk kembali bekerja memandangkan si pelaku ugut untuk memukul adiknya jika terjumpa di tepi jalan. Khabar baiknya, lelaki tersebut sudah berjaya ditangkap oleh pihak polis